Bismillalhirahmanirrahim..
Dah lama tak post apa-apa dalam ni kan? Pasal keputusan PMR, alhamdullilah dpt 7A. Pada mulanya, memang tak puas hati tapi lama-lama dah boleh terima. Tak lama lagi bulam Jun menjelma, puasa pun nak dekat belum ganti puasa lagi. Haishhh. Tapi sebelum tu, ada sesuatu yang perlu diluahkan. Pertamanya, semakin lama kitta menikmati hidup ni, semakin banyak cabaran yang kita harungi sehingga seseorang itu berubah menjadi lebih baik dan makin matang pemikirannya. Mungkin pasal itu, orang sekeliling kata kita dah berubah. Dah tak macam dulu. Well. kalau dulu aku selalu je ada masa nak lepak dengan kau tapi sekarang dah tak. Bukan nak menjauh tapi ..Entah lah. Mungkin aku sibuk dan tertekan pasal pelajaran dan kau sibuk melayan kekasih gelap kau yang entah berapa jumlahnya. Mula-mula, rasa sakit sangat hati ni, dan lama kelamaan dah biasa. Tak rasa apa kan?
Kedua, bila kita dah lepaskan seseorang, kita kena doakan kebahagiaan dia. Dan kita harus terima dengan siapa dia sekarang. Walaupun kerap terserempak dia dengan 'kekasih' dia, kena act macam biasa. Walaupun ada rasa awkward dan sedikit cemburu, tapi apakan daya. Hari-hari kena berhadapan lah, dah kita dekat sekolah kan? Kalau dekat luar pun terserempak jugak. Haissh, memang bengkak lah haati ni tak sembuh-sembuh.
Ketiga, bila adanya pertemun pastinya ada perpisahan. Mahu atau tak kita kena hadapinya. Bila kita dah mula selesa berkawan. Akhirnya satu persatu mula tinggalkan kita. Mungkin dah suratan takdir. Yang penting, masa kita bersama mestilah seronok dan nikmatinya bersama-sama. Sebab itu salah satu kenangan antara kita yang boleh kita kenang sampai bila-bila. Mungkin sesuatu hari nanti akan berjumpa lagi. Siapa tahu kan? Yang penting kita kena doakan yang terbaik untuk kawan kita. GOOD LUCK JULIANA JALALUDDIN!
Segalanya dah pun terluah dan insyaallah akan ada post lagi sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni.
Assalamualaikum..