Monday, May 27, 2013

Bahagia?

Hidup yang sempurna apabila sesorang itu bahagia. Bahagia dengan dirinya, keluarga, kawan-kawan dan orang sekelilingnya. Adakalanya, hidup tak semestinya selalu bahagia selalu ada penghalang, kesedihan dan penderitaan. Tapi percayalah disebalik itu ada hikmat yang Allah sediakan untuk kita. Hanya perlu berserah dan tabah dengan apa yang berlaku. Yang penting kita kena ajar diri kita menerima takdir dan ketentuan Tuhan. Sehebat mana pun dugaan itu, tapi jangan lah sampai kita hilang pedoman hidup.
Kenapa aku kat macam tu? Sebabnya, mungkin hidup yang aku lalui sekarang tak beberapa bahagia, tapi tak bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Cuma sebagai seorang manusia aku jugak tak pernah rasa puas. Mesti nak lebih sedikit.Taapi aku yakin dugaan yang aku terima ni tak cukup hebat berbanding umat Allah yang lain. Kata orang, kalau kita diuji Allah bermakna Allah sayangkan kita. Sekarang aku ada terfikir, Allah sayang aku tak? Aku tak berharap sebab aku sendiri jarang ingat Allah. Tapi aku nak ubah tu semua. Walaupun, aku tak berapa rasa dan dapat kasih sayang dalam keluarga ni, tapi biar lah aku dapat kasih sayang dari Allah. Dunia ni kan sementara. Selagi kita hidup, kita harus teruskan.
Dan kadang-kala aku dengki tengok orang bahagia, dengan apa yang orang ada. Kelebihan orang lain selalu jadi idaman aku. Tapi adakalnya, aku bersyukur dengan semuanya yang tercipta untuk aku. Masa tu, baru aku sedar kenapa Allah kurniakan semua tu pada aku dan kenapa Allah kurniakan sesuatu iti pada orang lain. Ternyata Allah memang adil.
Sesedih mana pun kita, ingat lah orang lain lebih sedih dari kita. :)
Harap boleh senyum selalu.